Prof. Dato’ Seri Dr. Md. Salleh Yaapar
Md.
Salleh Yaapar ialah profesor Kesusasteraan Bandingan di Pusat Pengajian Ilmu
Kemanusiaan merangkap Ombudsman, Universiti Sains Malaysia. Beliau ialah mantan
Penyandang Kursi Eropah bagi Pengajian Melayu, di Leiden University, Belanda
(2003-2006). Sebelumnya, beliau ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan
Pembangunan), Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), dan Dekan, Pusat
Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Beliau memperoleh ijazah
Sarjana Muda Sastera (Kelas 2 Atas) daripada Universiti Malaya, Sarjana Sastera
daripada University of the Philippines, Quezon City, Sarjana Sastera dan Doktor
Falsafah (Pangkat Cemerlang) daripada Temple University, Philadelphia, Amerika
Syarikat. Beliau ialah pemenang pertama (2012) Anugerah Tokoh Akademik Bahasa
Melayu, Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia.
Bidang
kepakaran Prof. Md. Salleh ialah Kesusasteraan Bandingan, Teori Sastera, dan
Kesusasteraan Dunia Melayu. Beliau telah menerbitkan hasil penyelidikannya di
dalam pelbagai jurnal antarabangsa seperti Journal of Management, Spirituality
and Religion; Asian Journal of Social Science; The Muslim World; Indonesia and
the Malay World; Kunapipi: Journal of Postcolonial Writing & Culture dan
GEMA: Online Journal of Language Studies. Buku-buku dan monografnya termasuklah
Pilgrimage to the Orient; Mysticism and Poetry: A Hermeneutical Reading of the
Poems of Amir Hamzah; Cultural Encounter and Religious Engagement in Nurturing
World Peace: Lessons from Selected Literary Works and Authors, dan
Kesusasteraan Bandingan dan Kesusasteraan Asia Tenggara Abad ke-21.
Prof. Md. Salleh kini Pengerusi, Lembaga Pengelola,
Dewan Bahasa dan Pustaka; ahli Panel Penasihat Antarabangsa, Akademi Pengajian
Melayu, Universiti Malaya dan ahli Lembaga Amanah, Yayasan Karyawan, Malaysia.
Beliau juga ialah Pengerusi, Panel Penerbitan Buku, Jawatankuasa Pemilihan
Anugerah Akademik Negara, dan ahli Jawatankuasa Induk, Pusat Kecemerlangan
Pengajian Tinggi (HICoE), Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada masa yang sama,
beliau ialah Ketua Kluster Sastera dan Sastera Iktisas, Jawatankuasa Penilaian
Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) dan ahli Jawatankuasa Penilaian Skim
Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS), Skim Geran Penyelidikan Pembangunan
Prototaip (PRGS) serta Skim Geran Penyelidikan Transdisiplinari (TRGS),
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Prof.
Md. Salleh juga Ketua Pengarang jurnal Malay Literature (DBP, Malaysia) dan
Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu (DBP, Malaysia). Pada masa yang sama,
beliau ialah ahli sidang penasihat antarabangsa bagi Dimension: Journal of
Indonesian and Malaysian Studies (Hamburg) dan Jurnal Pengajian Melayu
(Malaysia) serta ahli lembaga pengarang Tafhim: IKIM Journal of Islam and the
Contemporary World (Malaysia) dan Kemanusiaan: Asian Journal of Humanities
(Malaysia).
Tidak ada komentar:
Posting Komentar